Welcome

Friday 18 November 2011

Count Allah Azzawajal's Blessings......

~ Count Allah Azzawajal's Blessings ~

- If you have food in the refrigerator, clothes on your back, a roof overhead and a place to sleep ...
  .. you are richer than 75% of this world.


- If you have money in the bank, in your wallet, and spare change in a dish someplace ...
.. you are among the top 8% of the world's wealthy.


- If you woke up this morning with more health than illness ...
 .. you are more Blessed than the million who will not survive this week.


- If you have never experienced the danger of battle, the loneliness of imprisonment, the agony of torture, or the pangs of starvation...
.. you are ahead of 500 million people in the world.


- If you can pray in a Mosque without fear of harassment, arrest, torture, or death ... 
.. you are more blessed than three billion people in the world.


- If your parents are still alive and still married ... 
.. you are very rare.


- If you hold up your head with a smile on your face and are Truly Thankful...
.. you are Blessed because the majority can, but most do not.


- If you can read this message, you just received a double Blessing in that someone was thinking of you, and furthermore, 
.. you are more Blessed than over two billion people in the world who cannot read this message at all. 


Indeed, His Creations are The Best, as He Is The Best of all Creators.

Saturday 29 October 2011

Ditampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Ingin Memakai Tudung . Baca Dan Fahami Elok2 Supaya Tak Ada Salah Faham . :)

DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG

Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

Tuesday 25 October 2011

3 Peringatan Iblis kepada Nabi Musa a.s ...

Assalamu'alaikum WarahmatuLlah'hiwabarakatuh

Syukur alhamduliLlah kehadrat ALlah s.w.t dengan limpah kurnianya saya bertemu kembali dengan
menyampaikan sedikit renungan buat semua kaum muslimin dan muslimat dalam blog ini moga-moga kita semua dapat mengambil ikhtibar dari kisah tersebut :-

Wallah'hualam

Suatu hari ketika Nabi Musa a.s sedang berada dimajlisnya , tiba-tiba datang Iblis dengan memakai
baju yang dilabuhkan pada kepalanya. Apabila telah dekat dengan Nabi Musa a.s , ia menanggalkan pakaiannya itu. Maka terjadilah tanya jawab antara Nabi Musa a.s dengan Iblis Itu.

Iblis : " Assalamu'alaika , wahai Musa. "

Nabi Musa : " Siapa kamu? "

Iblis : " Saya Iblis "

Nabi Musa : " ALlah s.w.t tidak menghormat engkau. Untuk apa engkau datang? "

Iblis : " Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu di atas ketinggian tempat dan
kedudukkanmu di sisi ALlah s.w.t. "

Nabi Musa : " Bilakah apabila seseorang itu melakukan sesuatu dengan engkau dapat
menghalanginya. "

Iblis : " Apabila seseorang itu merasa taajjub terhadap dirinya dan ia berlaku sombong maka lupalah
ia akan dosanya. "

Seterusnya Iblis tersebut memberikan tiga peringatan kepada Nabi Musa a.s iaitu :-

1. Janganlah sesekali engkau berkhalwat dengan perempuan yang tidak halal bagimu. Kerana tidak
berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya melainkan aku
menemaninya ( menjadi pihak ketiga ) tanpa teman-temanku yang lain sehingga aku Membuat fitnah
terhadap keduanya.

2. Janganlah engkau berjanji ( bernazar ) kepada ALlah s.w.t. melainkan engkau memenuhinya.
Kerana tidak berjanji seseorang kepada ALlah s.w.t. melainkan aku menemaninya tanpa
teman-temanku yang lain , maka akulah yang menjadi dinding penghalang antara orang itu dengan
janjinya sehingga janji itu tidak dapat ditunaikan.

3. Janganlah sekali-sekali engkau mengeluarkan sedekah melainkan apa yang engkau sayang
(barang yang baik-baik ) kerana sesungguhnya tiadalah seorang itu mengeluarkan sedekah
sedangkan dia menyayanginya melainkan aku sendirilah tanpa teman-temanku yang membuat tidak
terlaksananya sedekah itu.

Selepas berkata demikian , Iblis itu berpaling dan sebelum pergi ia berkata : " Celak_a! Celak_a !
Celak_a ! Musa telah pun mengetahui apa yang harus berwaspada terhadap anak keturunan Adam.


Al-Qurasyi berkata : " Aku mendengar sesungguhnya syaitan berkata kepada orang perempuan : "
Engkau adalah separuh daripada tenteraku. Engkaulah anak panahku yang kugunakan untuk
memanah ( manusia ). Aku tidak salah menjadikan engkau untuk mengetahui segala rahsia dan
engkaulah utusan untuk menyampaikan hajatku. " 

Friday 7 October 2011

Deactivate Fb Untuk PAT

..

Anda Mempunyai Otak Lelaki Atau Perempuan ?


Cuba ni~

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

... Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada

permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN..



Thursday 6 October 2011

10 KELEBIHAN COCA COLA???? xD

10 KELEBIHAN COCA COLA????

" Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains
kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia
mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam
kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2
gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba
tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah
diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama
sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan
Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin
Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna
tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti
suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan
tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam
lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti
dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis
: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan
untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta
berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan
oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada
ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia
punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang
egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara
fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang
cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok
study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of
the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce
coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the
reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat
israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat
dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!
kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet!
and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a
wee bit late.

so kalau minum banyak & atthat time baru lekat
zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat
Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, Masih
tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan
apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika
tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah
untuk agama kita..

Pintu-Pintu Syaitan Masuk Ke Dlm Hati:


Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1.  Pintu marah dan syahwat.
2.  Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3.  Kekenyangan makanan.
4.  Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5.  Keinginan mengampu.
6.  Gopoh dan tidk menyelidiki terlebih dahulu.
7.  Harta dan wang ringgit.
8.  Lokek dan takutkan kemiskinan.
9.  Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan
      di luar aqal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum mslmn.


 (  Imam Ghazali rh.)



Friday 30 September 2011

Kekhawatiran Nabi

Sebagai pengikut Rasulullah Saw, kita amat berbahagia kerana Rasulullah Saw telah menunjukkan begitu cinta kepada umatnya. Kerana beliau cinta, beliau tidak ingin kalau terjadi hal-hal buruk menimpa umat ini, kerananya beliau mengingatkan dengan mengemukakan hal-hal yang sangat dikhawatirkannya. Hadits yang akan kita bahas dalam tulisan singkat ini merupakan diantara hadits yang harus kita pahami sebagaimana huraian terdahulu.
Imam Ahmad ra meriwayatkan:
"Aku mendengar Rasulullah SAW memprihatinkan umatnya dalam enam perkara: (1) diangkatnya anak-anak sebagai pemimpin (2) terlalu banyak petugas keamanan (3) main suap dalam urusan hukum (4) pemutusan silaturrahim dan meremehkan pembunuhan (5) generasi baru yang menjadikan Al-Qur'an sebagai nyanyian (6) mengutamakan orang yang bukan fakih dan berjasa tapi yang berseni sastra tinggi." (HR. Ahmad, hal 165).
Dari hadits di atas, terdapat enam hal yang membuat Rasulullah Saw begitu khawatir bila hal itu terjadi pada umatnya.

  1. Anak-Anak Sebagai Pemimpin.
Rasulullah Saw amat khawatir bila umatnya menjadikan anak-anak sebagai pemimpin, ini boleh kita fahami dalam erti anak-anak yang menggunakan sistem kerajaan sehingga ketika ibu bapnya yang menjadi pemimpin mati, secara automatik  anak menjadi raja meskipun belum dewasa. Namun hal ini juga boleh bereti  anak-anak dijadikan sebagai pemimpin atau pemimpin tersebut yang berjiwa kekanak-kanakan.Manakala orang yang berjiwa kekanak-kanakan itu dijadikan pemimpin, maka benda  itu menjadi ganjil.Anak-anak memang kehidupan dia suka berseronok - seronok, namun kalau itu terjadi pada masyarakat, maka hancurlah kehidupan masyarakat itu, dan inilah yang kita alami sekarang, sebab para pemimpin di negeri ini bersikap dan bertingkah laku seperti budak - budak atau anak-anak.
  1. Banyak Petugas Keamanan Atau Polis
Petugas keamanan memang amat diperlukan dalam masyarakat. Pada negara yang aman, jumlah petugas keamanan tidak terlalu banyak atau jumlah mereka banyak tapi tak buat kerja yang banyak. Namun pada negara yang tak terjamin keamanannya, ,  petugas yang ada  tugas-tugas yang begitu banyak dan kes2 yang lambat nk selesai. Akibatnya, dalam kehidupan sekarang di negeri kita, tindak jenayah sangat banyak terjadi.Akibatnya masyarakat tidak mendapat jaminan keamanan 

  1. Rasuah Dalam Perkara Hukum.
Hukum yang benar merupakan sesuatu yang harus diperjuangkan dan mengakkannya. Namun kenyataan menunjukkan bahwa hukum belum menjadi perkara yang utama, tapi wang yang menjadi perkara utama sehingga terjadi rasuah dalam proses penegakkan hukum yang membuat hukum menjadi tidak betul. Di negara kita, hakim, , polis penjaga penjara hingga presiden atau perdana menteri  merupakan penegak hukum, tapi  para penegaknya menerima rasuah.
 Disamping itu, contoh yg paling senang ialah Hakim tidak memutuskan perkara hukuman yang tegas dan berat kepada orang yang bersalah  antara hukuman yang diterima dengan  kesalahan yang  besar telah dilakukannya
  1. Memutuskan Silaturrahim dan Meremehkan Pembunuhan.
Silaturrahim, baik dalam hubungan keluarga dan keimanan yang kemudian disebut dengan ukhuwah Islamiyah merupakan sesuatu yang harus dijalin. Hubungan kekerabatan semestinya terus terjalin sehingga hubungan kekeluargaan antara generasi berikutnya tidak terputus, namun  hubungan silaturrahim menjadi terputus, contohya kerana memperebutkan harta warisan dan harta pusaka . Bahkan yang lebih menyayat hati lagi adalah pertumpahan darah atau pembunuhan antara anggota keluarga.

Disamping itu, hubungan antara sesama umat Islam juga harus dijalin dalam jalinan ukhuwah Islamiyah, namun sekali lagi kita juga amat prihatin karena sekarang silaturrahim antara kelompok umat Islam semakin renggang, khususnya kerana  politik bangsa. Bahkan saling bunuh antara satu kelompok dengan kelompok yang lain sudah terjadi. :'(
  1. Al-Qur'an Sebagai Nyanyian.
Al-Qur'an merupakan petunjuk bagi umat manusia untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah Swt. Kerana itu, kaum muslimin diperintah untuk membaca, mengkaji, memahami, menghayati hingga mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Kerana salah satu adab2 Al-Qur'an adalah membaca dengan sebaik-baiknya, berkembanglah seni membaca Al-Qur'an dengan irama-irama tertentu. Namun kita tidak boleh mempersenda dan membaca Al-Qur'an mengikut lirik lagu dan menukarkan ayat Al - Qu'ran.

  1. Mengutamakan Sastrawan/Budayawan.
Tugas2 yang sangat penting, contohnya  tugas kepemimpinan harus dilaksanakan oleh orang2 berilmu agama dengan kepribadian seorang pemimpin yang baik. Namun dalam banyak hal, masyarakat kita kadangkala tidak mengangkat seseorang sebagai pemimpin kerana ilmu dan kepribadiannya, tapi lebih memilih pemimpin dalam sastera atau kebudayaan dengan kepetahan permbicaraan yang baik.
Akibat mengutamakan seseorang menjadi pemimpin kerana kepetahan bercakap, maka pemimpin itu  hanya banyak bercakap kosong tanpa berdasarkan hadis atau Al -Qur'an.
Dari uraian hadits ini, nampak sekali perkara2 dikhawatirkan oleh Nabi terjadi , bila hal itu betul-betul terjadi pada umatnya akan menimbulkan begitu masalah yang sangat sulit untuk mengatasinya.


Saturday 17 September 2011

Peranan Pemuda Dan Pemudi Islam

Pemuda dan pemudi memang memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Revolusi Perancis yang menumbangkan kekuasaan monarki digerakkan oleh para pemuda-pemudi. Perjuangan pro demokrasi di RRC dan Burma juga digerakkan oleh pemuda dan pemudi. Medan Tiananmen di Beijing, Cina boleh menjadi saksi bagaimana keberanian pemuda-pemudi menyongsong desingan peluru demi cita-cita demokrasi yang didambakannya. Bahkan foto yang merakamkan keberanian seorang pemuda pro-demokrasi menyongsong iringan kereta kebal menjadi foto jurnalistik terbaik sedunia seketika itu. Para pengikut setia Lenin dan Stalin di awal kemenangan komunis di Russia kebanyakannya adalah para pemuda. Pemuda Michail Gorbachev ketika berusia 18 tahun menulis, ' Lenin adalah ayahku, guruku dan Tuhanku'.
Begitu juga dalam sejarah dakwah Islam, pemuda-pemudi memegang peranan penting. Para Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk meyampaikan ajaran agama Allah terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Berkata Ibnu Abbas ra, "Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah melainkan ia (dipilih) dari kalangan pemuda saja ( antara 30-40 tahun). Begitu juga tidak seorang alim pun yang di beri ilmu melainkan (hanya) dari kalangan pemuda saja." (Tafsir Ibn Katsir III/63).
Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaayat 60," Mereka berkata:Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim". Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir. "Berkata Ibrahim : " Apakah berhala-berhala itu mendengar sewaktu kamu berdoa kepadanya?Atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab, Sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian". Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah. Berkata Ibrahim, (mulai ayat 77), "Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam. Yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan aku dan Tuhanku yang Dialah memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkanku".
Bukan hanya berdebat,malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan," Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar dari patung- patung yang lain, agar mereka (kaum itu) kembali bertanya kepadanya". Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara."Kemudian mereka tertunduk (lalu berkata), "Sesungguhnya kamu Ibrahim telah mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara" (ayat 65). Akan tetapi mengapa masih disembah? "Ibrahim berkata,Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu?
Al-Quran juga menceritakan tentang ketabahan Yukabid yang melahirkan Nabi Musa AS dengan penuh ketakutan dan kebimbangan, Bidan yang membantunya terbuka hatinya dan mengasihi nya sehingga sanggup berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut dari tentera Firaun yang kejam lagi zalim. Hari terus berlalu, Yukabid semakin risau sedangkan anaknya semakin besar, takut -takut dia dirampas dan disembelih sebagaimana yang berlaku ke atas puluhan ribu anak-anak yang lain. Turun wahyu Allah SWT "Masukkanlah dia ke dalam peti, dan buangkanlah dia ke dalam sungai, nanti akan diambil musuhKu dan musuhnya". Yukabid merasa lapang sedikit kerana menerima wahyu dan tanpa teragak-agak dia terus melaksanakannya. Dia membuat satu peti yang dicat dengan minyak tar, lalu diletakkannya anaknya dalam peti lalu dihanyutkan ke dalam Sungai Nil. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya, hati Yukabid amat pedih melihatkan peti tadi dibawa arus, entah hidup atau tidak anaknya dibawa arus, umpama menyelamatkan Nabi Musa dari pedang Firaun tapi diserahkan pula ke mulut ikan, atau dibawa arus bergelora tanpa arah yang diketahui. Yukabid tiada berdaya, dia pasrah kepada Allah SWT. Dia pasti Allahlah yang akan menyelamatkannya.
Peti itu sampai ke taman istana Firaun dan ditemui oleh dayang-dayang lalu dibawakan kepada Asiah, isteri Firaun yang soleh. Asiah terharu dan merasakan anak itu adalah anaknya sendiri tambahan pula dia tidak mempunyai anak. Dia merayu kepada Firaun agar anak initidak dibunuh.Surah Al-Qashash, ayat 9: "Cahaya mata untuk aku dan engkau! Janganlah bunuh dia! Semoga dia berguna kepada kita, ataupun kita dapat jadikan dia anak kita!". Akhirnya Firaun mengalah dan Asiah amat gembira menjadikan anak ini sebagai anak angkat, lalu mencari ibu yang boleh menyusukannya. Yang menghairankan , anak kecil itu tidak mahu disusukan walaupun telah banyak para penyusu dipanggil satu demi satu. Maryam, seorang lagi anak perempuan Yukabid, telah menawarkan diri untuk menunjukkan seorang penyusu, lalu bersama pengawal telah pergi mennemui Yukabid, anak kecil itu disambutnya dan disusui sehingga kenyang. Atas permintaan Asiah , Yukabid bersetuju menjadi penyusu anak kecil itu.Yukabid hampir tidak percaya peristiwa itu benar-benar berlaku bahawa dia dapat bertemu kembali dengan anaknya itu, tetapi itulah janji dan rahmat Allah kepadanya dan anaknya. "Maka Kami kembalikan dia(Musa) kepada ibunya, supaya dia bersenang hati, dan tiada berdukacita, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah itu adalah benar, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.". Dia yakin dengan Allah SWT dan tabah menjalani ujian besar itu untuk menyelamatkan anaknya yang akan memikiul salah satu perutusan dari Allah SWT.

Friday 16 September 2011

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM

MASA DEPAN DI TANGAN ISLAM
Berdasarkan dalil-dalil yang kuat, diyakini Islam akan melingkupi seluruh dunia dimasa depan.
"Dialah yang mengutuskan rasulnya (dengan membawa ) petunjuk yang benar dan agama yang hak untuk dimenangkanNya diatas seluruh agama walaupun orang-orang musyrik membencinya "
(TMQ At-Taubah: 33)
"Sesungguhnya Allah telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur maupun Barat. dan kekuasaan umatku akan sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini"
(HR. Muslim)
"Perkara ini (agama Islam) akan merebak ke segenap penjuru yang ditembusi malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik gedung maupun gubuk melainkan melainkan Islam akan memasukinya sehingga dapat memuliakan agama yang mulia dan menghinakan agama yang hina. yang dimuliakan adalah Islam dan yang dihinakan adalah kekufuran"
(HR Ibnu Hibban)
Bila kejayaan Islam masa lalu muncul akibat da'wah Islam yang banyak ditunjangi oleh para pemuda pemudi Islam yang memiliki sifat dan sikap perjuangan yang gigih yang sanggup tanpa mengira siang dan malam demi kepentingan Islam. Maka demikian juga masa depan Islam. Sunnahtullah tidak pernah berubah. Siapa yang unggul dialah pemimpin ummat Islam masa lalu, terutamanya para pemuda-pemudi unggul kerana mereka benar-benar memeluk Islam secara Kaffah, lurus aqidahnya dan penuh ketaatannya pada syariatnya. bagaimana dengan pemuda-pemudi Islam sekarang?
Pemuda-pemudi Islam sekarang hidup dalam lingkungan jahiliah disekitarnya berlaku tentangan kehidupan tidak Islam dalam hampir semua aspek kehidupan, disertai dengan proses melenyapkan islam melalui media massa yang semakin berleluasa. Dari satu sudut mereka tetap muslim tetapi dari sudut yang lain, pemikiran ,perasaan dan tingkah laku dalam berpakaian, bergaul,bermuamalah telah banyak dicemari oleh pemikiran, perasan dan tingkah laku tidak islami yang kebanyakan bersumberkan dari khazanah pemikiran kafir Barat. Kafir Barat bersungguh sungguh melakukan proses pembaratan (westernisasi). Melalui racun sesat pemikiran Barat (westoxciation), mereka berusaha mempengaruhi dan membelokkan pemahaman kaum muslimin terutamanya kaum mudanya agar jauh dari nilai-nilai Islam yang murni. Di bidang ekonomi mereka mengembangkan kapitalisme yang berintikan asas manfaat. Menurut mereka, apa saja boleh dilakukan bila menguntungkan secara material, tidak peduli sekalipun ia bertentangan dengan aturan agama. Di bidang budaya menyebarkan westernisme yang berintikan amoralisme jahilliah. Bagi mereka tidak ada pantang larang, termasuk seks bebas, pakaian tidak senonoh, pelagi tidak menggangu kepentingan orang lain. Di bidang politik, penyebaran nasionalisme yang menyebabkan kaum muslimin terpecah belah. Bila tidak waspada, pemuda-pemudi Islam masa kini akan dengan mudah terasing dari deennya. Ajaran- ajaran Islam tentang pakaian , makanan politik dan sebagainya, ditanggapinya sebagai pikiran dan seruan yang asing. Bila demikian keadaan pemuda-pemudi Islam sekarang, bagaimana akan dapat diharapkan kejayaan Islam di masa depan sebagaimana telah dijanjikan Allah?
Dulu, (Imam) Syafii telah hafal Al Quran pada usia sekitar 9 tahun dan mulai diminta ijtihadnya pada usia kira-kira 13 tahun., sebelum akhirnya ia menjadi mujtahid, imam madzhab yang terkemuka. Hassan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Zaid pada usia 18 tahun telah memimpin pasukan perang Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam pada usia 8 tahun telah terlibat dalam perjuangan. Kini, apakah yang sedang dilakukan dan dipikirkan oleh remaja berusia 8 hingga 18 tahun dan pemuda-pemudi berusia 23 tahunan ?Remaja dan pemuda-pemudi sekarang lebih banyak aktif untuk memuaskan nafsu remaja semata-mata. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara bergaul, kreativiti dan sejenisnya. Gambaran remaja dan pemuda-pemudi yang tampil di berbagai media, tak ada bezanya antara mereka (yang mengaku Muslim) dengan artis-artis yang jelas menyebarkan kekufuran dan kesesatannya, realiti inilah yang terpampang di depan mata dan telinga kita.
Jelas, dan sangatlah jelas, perlunya kebangkitan umat, khususnya dari kaum mudanya, bila kita semua menginginkan kejayaan Islam kembali. Diperlukan pemuda-pemudi Islam sekualiti para sahabat yang memiliki komitmen tauhid yang lurus, keberanian menegak.

Kekurangan Idea

..........................................................................................................................................