Welcome

Sunday 9 December 2012

Muhasabah diri



allthingseurope:

Šiška, Ljubljana, Slovenia (by .kopriva.)

Dan tiada siapa pernah berkata,
bahawa masa akan membuat air mata akhirnya kering,
tak akan tertumpah lagi.
walau acapkali dikhinati dan dilukai.
dan tiada siapa pernah berjanji bahawa masa akan membuat hati kembali bercantum,
tanpa ada luka dan duka yang tersisa.
tak akan terusik lagi.
dan tidak pernah pun aku berkata,
bahawa masa,
akan memudarkan parut-parut luka,
yang dalam, tapi tak nampak nyata.
tapi, dengan izin-NYA.
masa akan hanya membuat hati semakin kuat dan redha.

allthingseurope:

Autumn at Riga, Latvia (by gospodinDark)

dan terkadang,
ia bukan tentang dimana kita tidur,
bila atau atas apa yang kita tidur,
tetapi mungkin nikmat tidur itu sendiri yang telah ditarik,
telah hilang.
mungkin kerana terlalu banyak nikmat yang kita remehkan.
agar kita membuka mata,
bahawa tanpa izin-NYA perkara - perkara kecil pun tidak mampu kita lakukan

No comments:

Post a Comment